Saturday, 1 March 2014

Rawatan kaki

Entahkah apa kenanya hari ini, tiba-tiba hati tergerak untuk membuat rawatan kaki. Sudah berhari-hari melihat tapak kaki, pecah di sekitar tumit. Rasa meluatpun ada melihat keadaan tumit kaki. Pagi-pagi lagi saya mengeluarkan set rawatan kaki. Hati nekad untuk membuat sendiri. Sebelum ini saya sering mendapatkan rawatan kaki di sebuah kedai di econsave Batang Kali. Oleh kerana saya sudah mendaftar sebagai ahli saya hanya perlu membayar RM30.00 untuk sekali rawatan dengan syarat bahan-bahannya saya bawa sendiri.Hasilnya memang memuaskan hati. Pekerjanya adalah suami isteri yang sungguh ramah dan pandai melayan pelanggan. Tidak pernah di hati ini bersungut dengan layanan mereka.

Selain daripada rawatan kaki, kedai itu juga menawarkan urutan refleksologi pada tapak kaki. Saya juga sering mendapatkan rawatan urutan tapak kaki kerana badan selalu sakit sakit dik gara-gara angin. Setiap kali saya diurut pasti ia akan disulami dengan irama sendawa angin yang bertalu-talu dari saya. Ia akan mengamatkan kedai itu. Pasti saya akan ditertawakan kerana irama itu. Pekerja itu tidak pernah jemu menasihatkan saya menjaga badan dengan mengawal makan agar masalah angin tidak lagi mengganggu saya. Memang kadang kala saya mendengar nasihat dari mereka.

Berbalik kepada kisah pagi ini, saya pun cuba merawat kaki sendiri. Saya cuba mengingat-ingat kaedah rawatan tersebut. Oleh kerana saya terlupa langkah langkah rawatan kaki, saya telah mencederakan kaki sendiri. Apa lagi melelehlah tumit kaki. Mak oi nak jimat punya pasal kaki sudah cedera. Namun saya tidak berputus asa, saya meminta suami ingatkan apa langkah yang saya tertinggal. Tu dia, saya lupa sembur air, patutle luka. Bagi memuaskan hati sendiri saya merawat kaki suami. Alhamdulillah kaki dia tak cedera, cuma takle secantik macam amoi tu yang buat. Namun saya tetap berpuas hati, berjaya juga melakukannya. Wah demand pula suami hari ini, selepas rawatan kaki dia minta urutan kaki. Dia menyuruh saya lakukan macam mana amoi tu buat. Oleh kerana diri ini yang gatal menawarkan diri, maka permintaan suami saya laksanakan.

Sebenarnya sudah lama juga saya tidak berkunjung di kedai rawatan dan urutan kaki itu kerana diri sudah banyak mengalami perubahan. Angin di badan sudah tidak sebanyak dulu. Saya makin pandai mengawal pasang surut angin dalam badan. Apabila angin di badan kurang, kaki juga bertambah baik. Kalau nak tahu apa rawatan yang saya lakukan lihat sahaja gambar-gambar di bawah...


Selipar dan pengijak kaki untuk mengeluarkan peluh dan memperbaiki urat saraf.


Bawang putih, halia dan kunyit sangat sesuai untuk rawatan angin di dalam badan...







 Krim halia sangat diperlukan bila urat saraf dan mula membengkak...





















Teh herba bagi membantu proses membuang air besar. Bahan kumuhan perlu dikeluarkan hari-hari bagi mengawal toksik dalam badan.
 Yang ini sangat diperlukan di saat-saat kecemasan bila tangan tak larat nak mengurut...









 Tekun amoi ini menjalankan tugas...
 Sedang membuang tisu-tisu yang mati...











 Memang seronok sekali-kali memanjakan diri...

Ada lagi yang tidak siap tu....

No comments:

Post a Comment