Anak-anakku
Engkau bukan lahir dari rahimku
Namun ku letakkan engkau di dalam hatiku
Ku bajai ia dengan kasih sayang
Tapi mengapa engkau tidak mengerti
Bahawa aku menyayangimu
Biar berkali kau menyakiti
Tidak sekali aku meninggalkanmu
Ku khabarkan tentang trigonometri
Tentang kedudukan suatu objek
Berpandukan titik koordinat
Pembezaan membentuk satu kecerunan
Luas dan isipadu dari kalkulus
Sesekali aku menemani kalian
Mencari nilai logaritma
Hanya sekadar menekan butang kalkulator
Engkau masih bermain-main
Tidak betah memberi tumpuan
Lantaran ku ceritakan kisah tauladan
Buatmu menjadi panduan
Aku tidak tahu kenapa
Airmata ku mengalir
Membasahi pipi
Bila kalian memandangku
Sambil berkata maafkan kami cikgu..
Engkau bukan lahir dari rahimku
Namun ku letakkan engkau di dalam hatiku
Ku bajai ia dengan kasih sayang
Tapi mengapa engkau tidak mengerti
Bahawa aku menyayangimu
Biar berkali kau menyakiti
Tidak sekali aku meninggalkanmu
Ku khabarkan tentang trigonometri
Tentang kedudukan suatu objek
Berpandukan titik koordinat
Pembezaan membentuk satu kecerunan
Luas dan isipadu dari kalkulus
Sesekali aku menemani kalian
Mencari nilai logaritma
Hanya sekadar menekan butang kalkulator
Engkau masih bermain-main
Tidak betah memberi tumpuan
Lantaran ku ceritakan kisah tauladan
Buatmu menjadi panduan
Aku tidak tahu kenapa
Airmata ku mengalir
Membasahi pipi
Bila kalian memandangku
Sambil berkata maafkan kami cikgu..
NurisaAzhari…
No comments:
Post a Comment