Majlis Pengumuman Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan diadakan
pada hari Khamis, 20 Mac 2014 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras
6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini, seramai 470,395 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM
di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh Negara. Daripada jumlah 470,395 calon, 415,509 adalah calon Sekolah Kerajaan,
Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 8,054 adalah calon sekolah
di bawah Agensi Kerajaan selain KPM ( contoh : MRSM ), 8, 325 adalah calon Sekolah
Menengah Agama Negeri, 11,261 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan
KPM, 25,857 adalah calon persendirian manakala baki 1,389 adalah dari Sekolah Menengah
Agama Rakyat.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada
sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon
persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan
Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan
semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarakkan taip angka
giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00
pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac 2014.
Sumber dari;
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
13 mac 2014
No comments:
Post a Comment