Kuning dah bacaanya. Jadi mari kita lihat maksud warna dalam bacaan ini.
Kita boleh lihat bacaan terkini IPU melalui http://apims.doe.gov.my/apims
Berikut adalah keterangan bagi maklumat IPU yang dipaparkan di Jabatan Alam Sekitar Negara
Tempoh Kemaskini / Updating Duration
IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh ( remote ). Proses cerapan memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan. Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMs.
Cuba perhatikan, setiap bacaan IPU akan diiringi dengan satu tanda seperti di bawah. Berikut adalah nota bagi bacaan tersebut;
Cuba perhatikan, setiap bacaan IPU akan diiringi dengan satu tanda seperti di bawah. Berikut adalah nota bagi bacaan tersebut;
Pengiraan IPU
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambikira sebagai pencemar yang menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus ( PM10 ) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di
permukaan bumi (O3)
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Jadi setakat ini di tg malim cuma ada habuk halus di udara.
Patutlah badan rasa berhabuk je. Jadi tak selesa segalanya. Badan berlengas.
Apa-apa saya masih bersyukur Tg Malim
belum diisytiharkan kawasan berbahaya....
No comments:
Post a Comment