Alhamdulillah, akhirnya dapat juga masuk ke dalam blog setelah bertahun meninggalkannya berabuk.
Saya kini telah berpindah ke kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tidak lagi mengajar Matematik dan Matematik Tambahan. Mata Pelajaran yang saya ajar kini adalah Perakaunan. Jadi saya telah meninggalkan post saya berkenaan Matematik. Saya kina berada di blog ini
Jurrusan Perakaunan Profesional KMS (JPPro)
Jumpa di sana...
Cikgu Ismah
Monday, 11 March 2019
Monday, 5 May 2014
Friday, 25 April 2014
Speedtest yes 4g
Inile kerja hari hari Guru Penyeleras Makmal, menguji kelajuan internet sekolah pagi dan petang. Di bawah ini laporannya. Laporan hantar ke https://docs.google.com/forms/d/1mcjpb8QWE_kCZvNHSabhbWzIbuAdjtgwHuT-ycwclT4/viewform
NAMA SEKOLAH :SMK BANDAR BEHRANG 2020
Pagi
Makmal Komputer (Zoom A)
Bilik Guru ( Zoom B )
Petang
Makmal komputer ( Zoom A )
Bilik Guru( Zoom B )
NAMA SEKOLAH :SMK BANDAR BEHRANG 2020
Pagi
Makmal Komputer (Zoom A)
- 25/4/2014 : 08:13
- 29/4/2014, 11:16
- 30/4/2014, 10:00
- 2/5/2014, 10:50
- 5/5/2014, 11:20
- 6/5/2014, 11:43
- 7/5/2014, 11:47
- 8/5/2014, 10:19
- 9/5/2014, 10:56
- 10/5/2014, 10:54
- 14/5/2014, 11:41
- 19/5/2014
- 20/5/2014, 10.12
Bilik Guru ( Zoom B )
Petang
Makmal komputer ( Zoom A )
- 25/4/2014, 12:53
- 28/4/2014, 2.47
- 2/5/2014, 3.43pm
- 5/5/2014, 1:30pm
- 7/5/2014, 12:16
- 8/5/2014, 1.58
- 9/5/2014, 2.47
- 14/5/2014, 1.53
- 15/5/2014, 12:21
- 19/5/2014. 1.24
- 20/5/2014, 12.51
Bilik Guru( Zoom B )
Tuesday, 8 April 2014
Kerja projek Matematik Tambahan 2014 negeri Perak
Soalan kerja projek sudah sampai. Jadi cikgu-cikgu Matematik Tambahan kenalah mematuhi jadual yang telah ditetapkan bagi melaksanakan kerja projek ini. Di bawah ini adalah link kepada dokumen-dokumen yang berkenaan. Cikgu-cikgu boleh download seperti yang di bawah:
Add Maths Project Work 2014
Garis panduan KPMT 2014
Pelan TIndakan KPMT 2014
Rubric 2014
Tugasan Kerja Projek Matematik Tambahan 2014
Setelah siap tugasan cikgu-cikgu hendaklah menyediakan markah murid dan menghantarnya ke Jabatan masing-masing. Gunakan link di bawah untuk menyimpan markah murid-murid.
Borang Markah KPMT 2014 - PPD
Borang Markah KPMT 2014 - Sekolah\
Panduan guru berserta jawapan
Add Maths Project Work 2014
Garis panduan KPMT 2014
Pelan TIndakan KPMT 2014
Rubric 2014
Tugasan Kerja Projek Matematik Tambahan 2014
Setelah siap tugasan cikgu-cikgu hendaklah menyediakan markah murid dan menghantarnya ke Jabatan masing-masing. Gunakan link di bawah untuk menyimpan markah murid-murid.
Borang Markah KPMT 2014 - PPD
Borang Markah KPMT 2014 - Sekolah\
Panduan guru berserta jawapan
Friday, 14 March 2014
Permohonan Kemasukan Ke Program PraUniversiti KPM
Dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan ke Program PraUniversiti KPM sesi Akademik 2014/2015 kini telah dibuka. Borang permohonan boleh didapati secara ‘on-line’ di web KPM iaitu: http://apps.moe.gov.my/prau/prau.cfm
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar ke Bahagian Sukan, KPM pada atau sebelum 09 April 2014 untuk tindakan selanjutnya.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar ke Bahagian Sukan, KPM pada atau sebelum 09 April 2014 untuk tindakan selanjutnya.
ROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon
lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat
dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP).
KETERANGAN PROGRAM
Nama Program: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP)
- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
- Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
- Calon mesti sihat tubuh badan.
- Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon mendapat gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:Bahasa Melayu; dan Sejarah.
- Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
- Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online)
CARA MEMOHON
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)
keterangan lanjut layari laman web : http://www.moe.gov.my
Pengumuman Keputusan SPM 2013
Majlis Pengumuman Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan diadakan
pada hari Khamis, 20 Mac 2014 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras
6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini, seramai 470,395 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM
di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh Negara. Daripada jumlah 470,395 calon, 415,509 adalah calon Sekolah Kerajaan,
Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 8,054 adalah calon sekolah
di bawah Agensi Kerajaan selain KPM ( contoh : MRSM ), 8, 325 adalah calon Sekolah
Menengah Agama Negeri, 11,261 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan
KPM, 25,857 adalah calon persendirian manakala baki 1,389 adalah dari Sekolah Menengah
Agama Rakyat.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada
sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon
persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan
Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan
semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarakkan taip angka
giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00
pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac 2014.
Sumber dari;
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
13 mac 2014
IPU terkini di Tg Malim ( 14/3/2014 )
Panas sangat sejak akhir-akhir. Masuk dalam kereta rasa bahang panas macam dalam oven. Buka paip air, terasa panas macam baru sahaja dipanaskan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Buat masa ini murid- murid adalah disarankan hanya menjalani aktiviti di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun Olahraga Daerah Batang Padang masih tetap dijalankan. Sabar sahaja le cikgu-cikgu dan murid sekalian. Di bawah ini adalah bacaan IPU setakat hari ini sehingga 4.00 ptg.
Kuning dah bacaanya. Jadi mari kita lihat maksud warna dalam bacaan ini.
Kita boleh lihat bacaan terkini IPU melalui http://apims.doe.gov.my/apims
Berikut adalah keterangan bagi maklumat IPU yang dipaparkan di Jabatan Alam Sekitar Negara
Kuning dah bacaanya. Jadi mari kita lihat maksud warna dalam bacaan ini.
Kita boleh lihat bacaan terkini IPU melalui http://apims.doe.gov.my/apims
Berikut adalah keterangan bagi maklumat IPU yang dipaparkan di Jabatan Alam Sekitar Negara
Tempoh Kemaskini / Updating Duration
IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh ( remote ). Proses cerapan memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan. Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMs.
Cuba perhatikan, setiap bacaan IPU akan diiringi dengan satu tanda seperti di bawah. Berikut adalah nota bagi bacaan tersebut;
Cuba perhatikan, setiap bacaan IPU akan diiringi dengan satu tanda seperti di bawah. Berikut adalah nota bagi bacaan tersebut;
Pengiraan IPU
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambikira sebagai pencemar yang menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus ( PM10 ) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di
permukaan bumi (O3)
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Jadi setakat ini di tg malim cuma ada habuk halus di udara.
Patutlah badan rasa berhabuk je. Jadi tak selesa segalanya. Badan berlengas.
Apa-apa saya masih bersyukur Tg Malim
belum diisytiharkan kawasan berbahaya....
Subscribe to:
Posts (Atom)